Ubah suai 1978 Bangunan_Sultan_Abdul_Samad

Pengubahsuaian dilakukan pada tahun 1978 mengambil masa enam tahun, menelan belanja sebanyak RM 17.2 juta ringgit. Bumbung ditukar baru dan kubah kayu ditukar kepada kubah tembaga. Pada tahun 1978 bangunan ini menempatkan Mahkamah Agung, Mahkamah Tinggi Bahagian Sivil dan Dagang serta Mahkamah Tinggi Jenayah. Mahkamah ini berpindah ke Istana Kehakiman di Putrajaya. Bangunan ini sekarang menempatkan Bahagian Komersil Mahkamah Tinggi Malaya.

Ubah suai dilakukan lagi pada 2007. Majlis penyerahan Bangunan Sultan Abdul Samad kepada Kementerian Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Malaysia (KPKKW) telah diadakan pada 24 Disember 2008. Penyerahan adalah daripada SPAZ Sdn. Bhd. Kepada Jabatan Kerja Raya Malaysia dan seterusnya kepada KPKKW.

Mulai 2007, bangunan ini dijadikan Pejabat Menteri, Pejabat Timbalan Menteri, Pejabat Ketua Setiausaha, Pejabat Timbalan Ketua Setiausaha , Bahagian Pengurusan, Unit Perhubungan Awam, Unit Undang-Undang, Unit Audit Dalam dan Perpustakaan KPKKW. Sempena majlis penyerahan bangunan ini juga turut diadakan bacaan Yassin dan doa selamat.

Rujukan

WikiPedia: Bangunan_Sultan_Abdul_Samad http://buildingconservation.blogspot.com/2009/03/b... http://images.google.com.my/images?q=bangunan+sult... http://www.daftarwarisan.gov.my/index.php?page=war... http://www.tourism.gov.my/en/my/web-page/places/st... http://malaysiana.pnm.my/senibina/Seni%20Bina%20We... http://malaysiana.pnm.my/senibina/Seni%20Bina%20We... http://sejarahmalaysia.pnm.my/portalBI/detail.php?... http://sejarahmalaysia.pnm.my/portalBM/detail.php?... http://web.archive.org/web/20090217144144/http://w... //tools.wmflabs.org/geohack/geohack.php?pagename=B...